Saturday 10 September 2011

Ulangtahung ke 50 Zhulian ???



Sewaktu saya melalui Jalan Semarak tempoh hari, saya terlihat papan iklan di atas. Pada mulanya saya fikir mungkin mata saya mengalami masalah, kemudian saya terfikir, mungkin otak saya mengalami masalah.
Untuk membuktikan apa yang saya lihat, saya ambil gambar supaya saya boleh mengkaji dengan lebih mendalam selepas dari itu. 
Setelah beberapa lama, saya yakin apa yang saya lihat itu betul. Namun saya tidak pasti bagaimana ada orang boleh terfikir perkara sebodoh ini. Adakah ini yang dikatakan kreatif ?
Cuba bayangkan apa yang akan jadi jika semua orang menerima pendekatan syarikat ini dan mula membuat pelbagai sambutan seperti :
Sambutan Kemerdekaan Malaysia ke 200 tahun pada  2157
Sambutan Hari Kelahiran yang ke 150 tahun pada 2100
dan seterusnya... 
Tidakkah akan jadi satu suasana yang huru hara dengan maklumat yang tidak betul. 
Ini bukan satu kebijaksaan atau kreatif, ini adalah satu kebodohan tahap tinggi.
Ampang Post

Thursday 8 September 2011

Menentang kebodohan pemikiran

Tujuan saya mulakan blog ini adalah untuk menentang kebodohan pemikiran sesetengah orang di Malaysia yang terlalu taksub dengan politik atau apa2 aliran pemikiran lain....

Mereka ini akan berbicara mengenai perkara yang terlalu bodoh seperti Azmin turun darah ? wtf ? x ada kerja lain ke ? mana tahu dia sembelit ke apa... aduhai..

http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/2011/09/azmin-keluar-darah-berketul-ketul.html

Blog Ampang Post

Salam,

Ini blog baru, dengan nama ampang post.. blog ini dimulakan dengan tujuan untuk berkongsi perkara-perkara menarik yang saya dapati.

terima kasih

Ampang Post