Saturday 10 September 2011

Ulangtahung ke 50 Zhulian ???



Sewaktu saya melalui Jalan Semarak tempoh hari, saya terlihat papan iklan di atas. Pada mulanya saya fikir mungkin mata saya mengalami masalah, kemudian saya terfikir, mungkin otak saya mengalami masalah.
Untuk membuktikan apa yang saya lihat, saya ambil gambar supaya saya boleh mengkaji dengan lebih mendalam selepas dari itu. 
Setelah beberapa lama, saya yakin apa yang saya lihat itu betul. Namun saya tidak pasti bagaimana ada orang boleh terfikir perkara sebodoh ini. Adakah ini yang dikatakan kreatif ?
Cuba bayangkan apa yang akan jadi jika semua orang menerima pendekatan syarikat ini dan mula membuat pelbagai sambutan seperti :
Sambutan Kemerdekaan Malaysia ke 200 tahun pada  2157
Sambutan Hari Kelahiran yang ke 150 tahun pada 2100
dan seterusnya... 
Tidakkah akan jadi satu suasana yang huru hara dengan maklumat yang tidak betul. 
Ini bukan satu kebijaksaan atau kreatif, ini adalah satu kebodohan tahap tinggi.
Ampang Post

No comments:

Post a Comment